Microsoft Malaysia telah melancarkan satu laman web bagi mereka yang ingin mencuba Microsoft Office 2010 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Bersempena dengan pelancaran laman web ini, Microsoft akan memberikan telefon bimbit HTC HD2 untuk penguji yang memberikan komen menarik yang terpilih setiap bulan. Syarikat itu juga berkata bahawa terdapat juga pelbagai gadget terpilih untuk dimenangi setiap minggu.

Setakat ini sudah hampir 2,000 pengguna di Malaysia telah memuat turun dan menguji Microsoft Office 2010.  Microsoft mensasarkan sebanyak 5,000 pengguna bakal menguji aplikasi ini sebelum pelancarannya. Rata-rata maklum balas yang diterima adalah bersifat positif dan menyatakan bahawa Office 2010 telah membantu meningkatkan produktiviti kerja mereka.

Muat turun Office 2010 beta adalah satu inisiatif terbuka kepada sesiapa yang ingin menguji dan mencuba aplikasi Office 2010, serta memberikan komen dan maklum balas kepada Microsoft dalam membantu membentuk bentuk terakhir aplikasi ini. Lawatilah laman web www.office2010.com.my untuk memuat turun dan memberikan maklum balas anda mengenai produk terbaru Microsoft ini. Anda mungkin bakal memenangi tlefon bimbit Windows Mobile HTC HD2. Sila rujuk beberapa testimoni yang telah diberikan oleh rakan-rakan kita di Malaysia yang telah dipilih.

Laman web yang dilancarkan ini juga mengandungi beberapa video dan menerangkan mengenai fungsi-fungsi terbaru yang terapat di dala Office 2010. Buat masa ini, aplikasi-aplikasi Office 2010 beta yang boleh anda muat turun termasuk Microsoft Word, PowerPoint, Outlook, Excel, OneNote, Access, Publisher, InforPath, SharePoint Workspace, Communicator, Visio 2010 dan Project 2010.

Microsoft telah mengumumkan bahawa Office 2010 akan diterbitkan pada setengah tahun pertama tahun ini.

Berita dan Khabar Berkaitan: