Ini pastinya satu berita yang tidak dapat dibayangkan oleh HTC mahupun Motorola. HTC Desire Sense UI, antaramuka yang diguna pakai untuk telefon bimbit HTC Desire (yang berasaskan Android) telah berjaya disesuai pasangkan untuk telefon Motorola Droid. Di dalam forum AllDroid.org, seorang pengguna telah menunjukkan bagaimana beliau berjaya menyesuai pasangkan HTC Desire Sense UI ke dalam telefon Motorola Droidnya.

Semestinya ia bukan kali pertama terdapat khabar yang mengatakan HTC Sense telah berjaya dipasang untuk telefon Motorola, namun pembangun di AllDroid.org telah menunjukka beberapa video yang mana HTC Sense UI telah berjaya disesuai pasangkan untuk telefon Android Motorola. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bagaimana ianya juga boleh memainkan fail Flash.

Di dalam video berikutnya anda akan dapat saksikan bagaimana HTC Sense UI untuk HTC Desire berfunsi dengan Droid logo pada awalnya.

Sekiranya anda mahukan kekuatan peralatan Motorola dan keindahan antaramuka HTC, ianya sesuatu yang wajar unuk diikuti.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: