Dalam temubual dengan Aaron Woodman dari Microsoft dengan The Engaget Shows, beliau telah membawa satu prototaip telefon Windows Mobile 7 Series yang dikeluarkan oleh LG. Telefon berikut mempunyai papan kekunci QWERTY di sisi. Berdasarkan gambar yang didedahkan di Engaget.com, telefon tersebut hanya tebal sedikit dari iPhone dan juga Nexus One (Android).

Telefon tersebut juga mempunyai kamera, butang suara dan kuasa di samping butang back, home dan search yang menjadi prasyarat dari Microsoft. Kamera yang dibina adalah kamera 5 megapiksel dengan lampu flash dan juga ruang untuk headphone. Telefon ini masih lagi dalam bentuk prototaip, dan mungkin produk terakhirnya akan berbeza dari telefon yang dipaparkan, namun ianya merupakan telefon bimbit Windows Mobile 7 Series yang pertama dapat dilihat terkini.

Sebelum ini, Microsoft telah mengumukan (di Persidangan Mobile Sedunia – Mobile World Congress di Barcelona) bahawa Windows Mobile 7 Series (versi terbaru Windows Mobile) akan mula dikeluarkan di pasaran pada hujung tahun ini. Versi baru Windows Mobile 7 Series ini membawakan telefon, Zune dan XBox di dalam satu tempat dan memberikan pengalaman telefon bimbit yang baru. Antaramukanya (GUI) amat berbeza dari versi-versi sebelumnya yang mana ianya mengguna pakai antaramuka seperti Zune.

Mcrosoft juga mengumumkan bahawa versi Windows Mobile yang lama (iaitu versi WM6.5 dan WM6.0) akan dikekalkan dan akan dinamakan sebagai Windows Mobile Classic Edition (WM6.5) dan Windows Mobile Starter Edition (WM6.0). Tiada berita mengenai sama ada telefon sedia ada yang menggunakan versi WM6.5 dan WM6.0 boleh ditingkatkan ke versi baru ini. Namun Microsoft telah dikatakan memberitahu bahawa, peningkatan ke Windows Mobile 7 Series boleh dilakukan dan terpulang kepada pengilang OEM telefon bimbit tersebut. Perlu diketahui di sini, Microsoft memberikan spesifikasi peralatan yang tertentu untuk WIndows Mobile 7 Series yang mana sesetengah keperluannya tidak dipenuhi untuk telefon bimbit yang sedia ada.

Saksikan video temubual dengan Aaron Woods di dalam di Engadget Shows.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: