Skype, apikasi VOIP terkemuka dan popular telah membatalkan pembangunan aplikasinya untuk Windows Mobile. Skype yang mempunyai berjuta-juta pelanggan, dan mempunyai aplikasinya untuk platform telefon bimbit anda adalah satu kemestian hari ini. Namun keputusan Skype untuk memberhentikan pembangunannya untuk Windows Mobile tidaklah diketahui sebab dan musababnya.

Pemerhatian kami mendapati, bukan sahaja Skype memberhentikan pembangunan aplikasinya, namun pautan untuk memuat turun aplikasinya untuk Windows Mobile telah dibuang di laman web Skype. Walaupun kami tidak mendapat maklumat rasmi mengenai sebab Skype berbuat demikian, namun ada yang berkata Skype menghendaki pengalaman dan kualiti suara yang terbaik untuk penggunanya. Aplikasinya untuk platform Windows Mobile tidak menepati piawaian yang dikehendaki. Kini versi mobile untuk Skype hanya ditawarkan untuk iPhone dan juga Symbian OS.

Walaupun pembangunan aplikasinya untuk Windows Mobile 7 (versi baru Windows Mobile) mungkin akan dilakukan, namun keputusan Skype untuk memberhentikan untuk versi-versi Windows Mobile yang sebelumnya bukanlah satu tindakan yang bijak. Ini adalah kerana, seperti yang diumumkan oleh Microsoft, Windows Mobile versi sebelumnya, iaitu Versi 6.0, dan 6.5 akan dikekalkan bersama-sama dengan Windows Mobile 7.

Bagi mereka yang telah memuat turun dan memasang aplikasi Skype untuk Windows Mobile, anda boleh menggunakannya sehingga hujung tahun ini. Namun, malang sekali sekiranya anda adalah pelangganbaru atau tidak memuat turuan aplikasi Skype untuk Windows Mobile kerana pautannya telah dibuang. Awal hari ini, kami melihat, laman-laman web Skype Antarabangsa yang lain masih mempunyai pautan untuk memuat turun, namun, kami rasakan ianya akan dibuang dalam tempoh masa terdekat.

Berita dan Khabar Berkaitan: