GMail, email berasaskan web oleh Google menawarkan pelbagai fungsi-fungsi tambahan (selain daripada hanya menghantar dan menerima email) dalam aplikasi email berasaskan webnya. Fungsi-fungsi in ditawarkan melalui Google Labs. Namun setelah hampir 18 bulan Google Labs beroperasi, Google mempunyai data untuk mengetahui sama ada fungsi-fungsi yang ditawarkan berguna kepada pengguna GMail. Bagi fungsi-fungsi yang popular, ianya akan dijadikan fungsi kekal di dalam GMail.

Di antara fungsi-fungsi yang akan dijadikan fungsi kekal adalah seperti, Pengesan Lampiran (Attachment Detector), Youtube Previews dan Custom Colour Label. Dalam masa yang sama Google juga akan menutup fungsi-fungsi seperti fixed width font, email addict, location in signature dan random signature di sebabkan ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna GMail.

Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi yang dikekalkan dan fungsi yang diberhntikan, sila rujuk pengumuman rasmi di Blog Rasmi Gmail.

Berita dan Khabar Berkaitan: