Baru-baru ini pejabat Microsoft di Beijing telah menfailkan aplikasi paten untuk satu peralatan yang boleh mengcaj dan juga memaparkan maklumat. Peralaan ini yang buat masa ini dipanggil uPad boleh mengecaj pada satu permukaan dan memaparkan maklumat di permukaan belakangnya. Ianya dikatakan menggunakan teknologi induksi untuk mengecaj. Terdapat juga kekotak kecil yang memaparkan maklumat. Tidak di ketahui apakah maklumat yang akan dipaparkan, namun ada yang mengspekulasi ianya mungkin akan memaparkan maklumat kecil seperi berita utama, keputusan sukan, kiriman tweeter, dan sebagainya.

Setelah aplikasi paten itu dibuat, ramai yang teringat kembali kepada prototype model yang diedarkan secara percuma oleh Microsoft satu ketika dulu. Berikut adalah gambar prototype tersebut yang mungkin merujuk kepada peralatan yang sedang dibina oleh Microsoft.

Berita dan Khabar Berkaitan: