Pembangunan Windown Live Wave 4 sedang giat diusahakan oleh Microsoft. Walaupun tiada tarikh tertentu yang diberitahu oleh Microsoft, terdapat beberapa gambar skrin bagaimana WLM 2010 bakal kelihatan yang terbocor di internet. Berikut adala di antara gambar-gambar skrin yang telah dapat diperolehi. Terima kasih kepada laman web cnbeta.com yang telah mendedahkan gambar-gambar ini.

Gambar skrin menunjukkan terdapat fungsi sosial terbaru yang mirip dengan arah tuju Microsoft ke arah lebih integrasi dengan apliksi-aplikasi web yang lain seperti yang ditunjukkan semasa pengumuman mengenai Windows Mobile 7 di Barcelona baru-baru ini. Di dalam gambar di atas menunjukkan antara muka bagi “Friends” di mana anda boleh melihat dalam pelbagai kategori dan paparan. Satu fungsi yang menarik perhatian kami adalah kekotak pencarian di sebelah atas kanan gambar tersebut “Find people with Bing”. Ianya mungkin menggambarkan bahawa Bing (Enjin pencarian Microsoft) akan mempuyai keupayaan untuk berhubung dengan rangkaian sosial seperti Windows Live dan Facebook.

Jika dibandingkan gambar ini agak berlainan dengan versi-versi gambar skrin lain yang bocor di internet dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa antaramuka ini masih lagi diperingkat percubaan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Berita dan Khabar Berkaitan: