Projek Natal XBox adalah merupakan pengalaman baru dalam dunia permainan konsol yang sedang dalam pembangunan oleh Microsoft. Dengan menggunakan teknologi pengesan, anda boleh bermain dengan hanya menggerakkan tubuh badan anda tanpa lagi perlu menggunakan pengawal permainan (controller). Projek ini telah lama dibangunkan dan Microsoft telah berkali-kali memberikan demo mengenai kebolehan Projek Natal. Berita penerbitannya pasti ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat permainan konsol.

Microsoft telah menjemput beberapa selebriti dan tokoh-tokoh terkenal untuk mengalami sendiri pengalaman menggunakan Projek Natal. Di antara yang terbaru adalah Jonathan Ross, juruhebah television UK. Beliau tidak begitu teruja dengan demo yang dipersembahkan pada masa kini, tetapi optimistik mengenai kebolehannya. Di dalam kiriman “tweet” Jonathan Ross beliau mengatakan bahawa Microsoft mempunyai masa sehingga Oktober untuk mengemaskini projek tersebut.

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan bahawa Projek Natal akan diterbitkan pada bulan November. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Jonathan Ross bahawa Microsoft mempunyai masa keseluruhan bulan Oktober untuk mengemaskini projek tersebut sebelum penerbitannya. Namun, ianya agak kurang jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Jonathan Ross.

Buat masa ini, dan berdasarkan mereka yang telah mencuba demo Projek Natal dengan Microsoft, projek itu mempunyai sedikit masalah “kelambatan” di antara gerak badan anda dan respons dari XBox. Microsoft dikhabarkan sedang cuba mengemaskini masalah tersebut.

Projek Natal adalah pengalaman baru dalam permainan konsol yang mungkin akan menggegarkan industri tersebut dan membawanya ke tahap baru selepas Wii menggegarkan dunia dengan teknologi interaktif permainannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek ini anda boleh melihat video demo mengenainya di http://www.xbox.com/en-US/live/projectnatal

Selain daripada permainan konsol, Projek Natal juga di datangkan dengan karakter seorang budak lelaki bernama Milo. Saksikan demo video berikut bagaimana anda boleh berinteraksi dengan Milo dengan Projek Natal.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: