Pada sidang dunia mobile (Mobile World Confrence) di Barcelona baru-baru ini, HTC telah melancarkan tiga model telefom bimbit baru, iaitu HD Mini, Legend dan Desire. Apa yang begitu menarik perhatian kami adalah HTC Legend yang bakal menggantikan model HTC Hero. HTC Legend dijana oleh Android (sistem operasi telefon bimbit Google). 

HTC Legend

Kredit Gambar kepada Engadget.com

Dari gambar yang diperolehi di internet, HTC Legend diselingkupi oleh alumunium. Rupabentuk yang mudah dan menarik ini didatangkan dengan satu fungsi menarik, iaitu trackpad optical (seperti mouse) yang membolehan anda beranjak dari satu skrin ke skrin yang lain dengan mudah dengan hanya melarik jari anda di trackpad tersebut. Dikhabarkan, CEO HTC telah membaling telefon ini ke dinding untuk membuktikan kekuatan aluminium yang menyeliputi HTC Legend. 

Bekas Bateri HTC Legend

HTC Legend juga di datangkan dengan Sense UI versi terkini – antaramuka yang diguna pakai oleh HTC bagi hampir kesemua telefon bimbit keluarannya. Apa yang lebih menarik lagi, HTC Legend tidak mempunyai penutup bateri (seperti telefon-telefon bimbit lain). Sebaliknya, ia hanya mempunyai penutup di hujung telefon yang boleh di cabut dan memberi akses kepada bateri, kad SIM dan juga kad SD. Ketiga-tiga aparatus ini berfungsi secara “slot-in” yang menyebabkan ianya boleh dikawal selia secara berasingan. Kini anda tidak lagi perlu membuka bateri anda untuk hanya menukar kad SIM mahupun kad SD.

Berita dan Khabar Berkaitan: