Pengguna lebuhraya koridor Guthrie (Gutrie Corridor Expressway) kini boleh melayari internet secara percuma di lebuhraya ini. Dengan kelajuan 1Mbps (megabit per seconds), pengguna lebuhraya boleh mengakses internet di kawasan rehat dan rawat bahagian utara dan selatan lebuhraya ini. Prolintas Expressway Sdn Bhd, operator bagi lebuhraya sepanjang 25 km yang memberikan akses alternatif ke utara dari Shah Alam berharap agar kawasan rehat dan rawat lebuhraya ini akan menjadi kawasan pilihan pengguna-pengguna WiFi.

Berita dan Khabar Berkaitan: