Micosoft hari ini telah mengumumkan bahawa platform blog untuk Windows Live – Windows Live Spaces akan diberhentikan. Sebagai alternatif, Microsoft mengumumkan bahawa WordPress adalah aplikasi blog pilihan. Pengguna-pengguna Windows Live Spaces diberi tempoh selama enam bulan untuk memindahkan blog mereka ke WordPress.com atau aplikasi-aplikasi lain pilihan mereka.

Microsoft memberitahu bahawa pengguna-pengguna Windows Live Spaces akan diberi pemberitahuan mengenai pemberhentian perkhidmatan ini dan akan ditawarkan untuk membina akaun di WordPress.com. Sekiranya pengguna-penguna Spaces gagal untuk memindahkan data-data mereka dari Live Spaces, ianya akan dipadam apabila Microsoft menghentikan perkhidmatan tersebut.

Satu aplikasi pemindahan juga telah dibina oleh WordPress.com bagi membantu memindahkan blog-blog Spaces ke WordPress.com.  Windows Live Writer, aplikasi komputer untuk menulis blog dari komputer anda juga akan menjadikan WordPress.com sebagai aplikasi blog pilihan. Maklumat lanjut mengenai pemindahan ini boleh di baca di blog Windows Live.

Sekiranya anda memerlukan untuk membina blog menggunakan WordPress namun tidak mahu dihoskan di WordPress.com, anda boleh memilih untuk mengehos blog anda dengan Asafad Web Shop. Sila rujuk pelbagai pelan pengehosan yang boleh anda pilih.

Berita dan Khabar Berkaitan: