Baru-baru ini Microsoft telah dikhabarkan akan menerbitkan Windows Phone 7, versi baru sistem operasi telefom bimbit Microsoft yang telah dirombak dan dibina semula dari versi sebelumnya. Walaupun berita mengenainya masih lagi belum diumukan secara rasmi, ramai di antara mereka yang terlibat di dalam kempen pemasaran Windows Phone 7 mengkhabarkan kemungkinan Microsoft akan mengadakan rumah terbuka di New York pada 11 October 2010 dan seterusnya melancarkan Windows Phone 7 di Eropah pada 21 October 2010. Namun begitu bila ianya akan dilancarkan di Malaysia (atau mungkin tidak) masih lagi tidak diketahui.
 
Semenjak daripada pengumumannya pada awal tahun ini pelbagai perbincangan di antara pakar-pakar teknologi mengenai versi baru sistem operasi telefon bimbit dari Microsoft ini. Versi Windows Mobile 6.5 (versi terkini yang diguna pakai oleh telefon bimbit seperti HTC HD2 akan dilupuskan terus dan akan digantikan dengan versi terbaru ini. Telefon-telefon bimbit versi lama ini tidak boleh dikemaskini dengan versi terbaru ini kerana versi terbaru ini kerana Microsoft telah memberikan spesifikasi alat perkakasan yang boeh menggunakan Windows Phone 7 seperti kuasa pemprosesan sekurang-kurangnya 1GHz, Hanya tiga butang, skrin kapasitatif dengan resolusi 800×480 dan banyak lagi. Telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri ini yang wujud buat masa kini adalah HTC HD2 namun ia gagal syarat yang diletakkan oleh microsoft untuk mempunyai hanya tiga butang.
Microsoft juga telah mengumumkan bahawa pada Dell, Garmin-Asus, HTC, HP, LG, Samsung, Sony Ericsson, Toshiba dan Qualcomm sebagai rakan OEM yang akan menerbitkan telefon bimbit Windows Phone 7 semasa pelancarannya. Dan semenjak daripada itu pelbagai gambar-gambar model dari setiap syarikat di atas telah tersebar di internet. Di antaranya adalah LG, Dell Lightining, HTC Mozart, HTC Mondrian dan banyak lagi.
Video mutakhir yang dijumpai baru-baru ini adalah iklan komersil Microsoft mengenai Windows Phone 7 yang setelah secara tidak sengaja dimuat atas oleh Microsoft telah dipadam. Namun, begitu ianya telah sempat disimpan dan dimuat semula oleh beberapa laman web yang sempat menyaksikannya.
Iklan video AT&T yang masih lagi belum siap juga telah tersebar di Internet yang memaparkan telefon bimbit HTC Mondrian. Apa-apapun, bagi pengguna-pengguna di Malaysia, bila dan apakah telefon bimbit Windows Phone 7 yang akan dilancarkan masih belum diketahui. Mungkin Windows Phone 7 tidak akan dilancarkan langsung di Malaysia sepertimana XBox360. Namun begitu, ianya tidak menyekat pengguna-pengguna di Malaysia dari memilikinya melalui import dari jiran di selatan tanah air.
Saksikanlah video-video yang diperkatakan di atas untuk melihat sendiri video mutakhir mengenai Windows Phone 7. Sekiranya ianya membuatkan anda teruja dan mahukan menyaksikan pelbagai video yang wujud, hanya lakukan penarian Windows Phone 7 video di enjin pencarian anda.
Video 1
Get the Flash Player to see this content.
Video 2
Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: