Setelah Maxis mengumumkan akan melancarkan pelan untuk iPhone4 pada 24 September 2010, kini digi juga telah mengumumkan akan melakukan perkara yang sama. Pelan iPhone4 digi bermula serendah RM63/sebulan dan didatangkan dengan 200 minit panggilan, 200 SMS dan 20 MMS serta 1GB internet. Anda akan mendapat diskaun tambahan sebanyak RM5 sekiranya anda memilih untuk menerima bil melalui Autobilling.

Kedua-dua syarikat yang telah diberi hak pengedaran iPhone, Maxis dan Digi menawarkan pakej pembayaran ansuran untuk iPhone4 32GB dan juga 16GB. Namun masing-masing memberikan diskaun kepada harga pasaran yang disarankan untuk iPhone4 16GB (RM2,2,90) dan 32GB (RM2,690). Namun begitu sebelum anda membuat keputusan, pastikan membaca segala kos yang perlu dibayar untuk mendapatkan iPhone4. Ini termasuk yuran bulan yang perlu dibayar, tempoh kontrak, dan macam-macam lagi.

Secara ringkasnya, kami mendapati tawaran yang diberikan oleh setiap syarikat mempunyai kelebihan yang tersendiri, kerana ia juga bergantung dengan sejauh mana penggunaan telefon bimbit anda. Berapakah jumlah bil bulanan anda, adakah anda membuat panggilan hanya kepada rakan-rakan sahaja, dan banyak lagi. Perlu diingatkan, berdasarkan kepada maklum balas yang diteima daripada pengguna-pengguna iPhone4, penggunaan data (internet) oleh iPhone4 memerlukan anda berhati-hati dalam memilik pakej data yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej iPhone Digi, sila lawati http://www.digi.com.my/iphone/index.html

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej iPhone Maxis, sila lawati http://www.maxis.com.my/personal/iphone4/landing.asp

Berita dan Khabar Berkaitan: