Bagi pengguna-pengguna yang menunggu telefon bimbit Apple yang terbaru – iPhone4, penungguan anda akan berakhir tidak lama lagi. Maxis hari ini mengumumkan iPhone4 boleh dimiliki bermula dari 26 September 2010. Anda perlu melanggan pelan perkhidmatan untuk mendapatkan iPhone4. Pelan asas Maxis – iValue1 dengan yuran bulanan sebanyak RM100 mengandungi1GB data, 333 minit panggilan, 200 SMS dan 20 MMS.

Sekiranya anda melanggan kontrak 24 bulan, iPhone4 16GB boleh dibeli dengan harga RM1,390 manakala model 32GB pada harga RM1,790. Maxis juga menawarkan pelan peningkatan bagi pelanggan-pelanggan Maxis iPhone3GS.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web iPhone4 Maxis.

Selain daripada Maxis, Digi juga telah mendapat hak penjualan iPhone daripada Apple, namun maklumat lanjut mengenainya masih belum diumumkan. Ianya past menarik bagaimanakah Digi yang kompetitif akan mengumumkan pelan bagi iPhone4.

Amat menarik juga untuk diketahui sama ada iPhone4 dari Maxis ini akan didatangkan dengan “case” percuma seperti pelanggan-pelanggan di Amerika Syarikat untuk mengatasi masalah “Anntenagate” yang dihadapi oleh iPhone4 di mana bar kekuatan signal rangkaian (network signal strength) malah panggilan boleh terputus jika dipegang dalam corak tertentu. Ianya kerap dilaporkan berlaku ditempat-tempat di mana kekuatan signal rangkaian tidak berapa kuat.

Berita dan Khabar Berkaitan: