Microsoft telah menerbitkan versi baru bagi pelayar internetnya (Internet Browser) – IE9 Beta kepada umum. Versi terbaru pelayar internet ini membawakan beberapa fungsi-fungsi dan ciri-ciri terbaru yang dikhabarkan oleh Microsoft akan menjadikan laman web lebih cantik. Slogan “Beauty Of The Web” yang diguna pakai oleh Microsoft dalam melancarkan versi terbaru ini menggambarkan keupayaan IE9 berbanding pelayar-pelayar internet Microsoft versi sebelumnya mahupun pelayar-pelayar internet yang lain.

Di antara ciri utama yang terdapat di dalam IE9 adalah eksploitasi penggunaan GPU (Graphical Processing Unit) di dalam memaparkan kandungan-kandungan imej, grafik, video dan teks. Ini secara tidak langsung mengurangkan beban unit pemprosessan pusat (CPU) komputer anda yang sekaligus membolehkan laman web dipaparkan dengan lebih cepat tanpa kompromi terhadap kualiti dan kaya persembahan. Kini beban untuk memaparkan satu-satu laman web dikongsi oleh kedua-dua unit pemprosessan ini ang secara tidak langusng mengoptimasikan penggunaannya.

Namun fungsi-fungsi IE9 bukanlah terhad kepada eksploitasi GPU dalam pemaparan laman web. Ianya dibina serasi dengan HTML5, piawai terbaru kod-kod penjanaan laman web. IE9 juga menjanjikan kesegaraman kod-kod HTML di antara pelayar-pelayar internet yang lain seperti Firefox, Chrome danSafari yang merupakan kekangan kepada pembangun laman web untuk menghasilkan laman web yang mempunyai paparan seragam jika dibuka oleh pelbagap pelayar internet. Di antara ciri-ciri HTML5 adalah keupayaan untuk memasukkan video ke dalam laman web tanpa perlu menggunakan sebarang plugins seperti Adobe Flash Player, Microsoft Silverlight mahupun Apple Quicktime. Video boleh dimasukkan dengan hanya menggunakan kod-kod HTML yang tertentu.

Ciri IE9 juga menjadi lebih menarik apabila diguna pakai bersama-sama dengan Windows 7, sistem operasi terbaru (dan dikatakan yang terbaik setakat ini) Microsoft. Dengan IE9 dan Windows 7, anda boleh menggnakan ciri-ciri khas seperti “Pinned”, “AeroShake”, “Tab Tear-Off” dan “Jump List” menjadikan setiap laman web bertindak seperti aplikasi bagi Windows 7.

Antaramuka IE9 juga menggunakan konsep yang ringkas dan mudah yang menyebabkan lebih ruangan untuk paparan laman web. Inilah ciri utama yang cuba dibawakan oleh Microsoft di mana laman web menjadi pusat tumpu utama dan bukanlah aplikasi IE9 itu sendiri. Penggabungan kekotak alamat (address) dan pencarian (search) yang dikenali sebagai OneBox meringkaskan lagi persembahan antaramuka IE9. Kini pengguna hanya perlu menaip alamat URL atau membuat pencarian laman web menggunakan kekotak yang sama. Tiada lagi “Toolbar” yang menyemakkan dan menu IE9 juga diringkas dan dikumpulkan di dalam 3 ikon yang muda.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam IE9. Lawati laman web www.beautyoftheweb.com – laman web yang dibina oleh Microsoft untuk memperkenalkan IE9. Anda juga boleh memuat turun versi IE9 beta di situ.

Namun begitu, harus diberi perhatian, versi beta ini masih lagi mengandungi beberapa pembaikkan yang perlu diperbaiki dan dikemaskini sebelum penerbitan terakhir. Sejak daripada dua hari penerbitan versi beta ini, terdapat beberapa masalah yang telah disuarakan oleh pengguna seperti ketidakserasian dengan Microsoft Dynamics, mahupun konflik dengan sesetengah kod Javascript yang diguna pakai oleh sesetengan laman web. Untuk itu, anda perlu mengambil perhatian kepada masalah-masalah ini sebelum mengemaskini pelayar internet anda kepada IE9. Ini adalah kerana IE9 akan dipasang di atas dan menggantikan versi pelayar internet sebelumnya. Sekiranya anda bergantung kepada beberapa aplikasi berasaskan web, pastikan anda membuat kajian mendalam sebelum mengemaskini pelayar internet anda.

Berita dan Khabar Berkaitan: