Rata-rata kini ramai yang memperkatakan mengenai pendedahan data peribadi di Facebook. Mungkin dalam keghairahan dalam bersosial dengan rakan-rakan di Facebook, kita tidak menyedari bahawa sesetengah data kita terdedah kepada mereka yang bukan rakan kita. Sejak daripada Facebook mula diperkenalkan, Polisi Data Peribadi Facebook juga telah berkembang daripada 1,004 patah perkataan pada tahun 2004 kepada 5,830 patah perkataan kini. Rata-rata, ramai yang tidak menyedari sejauh mana data-data anda terdedah kepada awam.

Tiada peraturan tetap atau betul bagaimana anda boleh mengurus data peribadi anda. Namun, berikut adalah sedikit panduan yang boleh anda gunakan untuk mengurus data peribadi anda di Facebook agar ianya hanya dipamerkan kepada mereka yang anda kehendaki sahaja.

1. Hanya kongsi dengan rakan anda sahaja (Share With Friend Only).

Aturan asas (iaitu sekiranya anda tidak mengubahnya) adalah data anda dapat dilihat oleh semua orang (umum). Ini bermaksud bahawa setiap orang boleh melihat data anda, aktiviti anda, gambar anda dan sebagainya. Sekirany anda hanya ingin berkongsi maklumat tersebut dengan rakan anda sahaja, hanya pergi ke Accounts > Privacy Settings. Di sini akan akan diberi pilihan untuk mengurus bagaimana data-data anda dipersembahkan.

Pilih Profile Information

Di sini, tetapkan untuk setiap kategori data sama ada anda ingin berkongsi dengan umum (Everyone) atau hanya rakan-rakan anda (Friends Only)

Pastikan bahawa data-data sensitif ditandakan sebagai hanya dikongsi dengan Rakan sahaja.

2. Gunakan Senarai Rakan (Friends List)

Membina senarai rakan amat berguna terutamanya bgi mereka yang mempunyai ramai rakan. Anda boleh membuat kumpulan-kumpulan rakan mengikut kategori yang anda kehendaki. Selain daripada itu, setiap senarai rakan boleh mempunyai tahap akses kepada data anda yang berbeza.

Sebagai contoh, satu senarai untuk rakan sekolah, satu senarai untuk rakan sekerja dan sebagainya. Dengan cara itu, anda boleh tetapkan apakah yang dapat dilihat oleh setiap senarai rakan. Mungkin rakan sekolah boleh melihat foto-foto aktiviti sosial anda, manakala rakan sekerja hanya terhad kepada foto-foto aktiviti berkaitan dengan kerja anda.

Untuk mengurustadbir senarai rakan anda, hanya pergi ke http://www.facebook.com/friends setelah anda log masuk dengan ID dan katalaluan anda.

3. Jangan Berkongsi Maklumat “Melalui” Rakan

Apabila rakan anda menggunakan aplikasi yang tidak anda gunakan, mereka mungkin tanpa menyedari berkongsi maklumat mengenai anda dengan pihak ketiga. Ini adalah disebabkan anda adalah rakan mereka, dan aplikasi pihak ketiga akan menggunakan hubungan rakan anda dengan anda untuk mengakses data anda. Untuk mengelak daripada ini berlaku, hanya pergi ke Account > Privacy Settings > Applications and Websites > What your friend can share about you. Buangkan kesemua tanda di dalam 13 kotak yang terdapat di situ.


4. Nyah Senaraikan Anda dari Enjin Pencarian

Fungsi enjin pencarian di dalam Facebook amat berguna yang membolehkan sesiapa sahaja yang mengenali anda mencari anda di Facebook dan berhubung dengan anda. Namun begitu, kekadang dungsi ini digunakan oleh orang yang tidak anda kenali. Anda perlu menimbang kebaikkan dan keburukkan yang ditawarkan. Sekiranya anda tidak mahu dicari oleh orang yang tidak anda kenali, anda boleh menetapkan agar anda dinyah-senaraikan daripada enjin pencarian seperti Google, Bing dan Yahoo. Hanya pergi ke Account > Privacy Settings > Search. Buangkan tanda di kekotak tersebut. Anda juga boleh menghadkan enjin pencarian dalaman (iaitu enjin pencarian Facebook sendiri) di tempat yang sama dengan memilih pilihan di Facebook Search Results.

5.  Lindungi Gambar-Gambar yang Memalukan.

Antara fungsi-fungsi Facebook yang amat kontroversi adalah di mana rakan-rakan anda boleh melihat gambar anda (Photo of Me) yang tidak dimasukkan oleh anda. Mungkin gambar tersebut di masukkan oleh rakan anda yang lain. Ini adalah antara fungsi yang telah menyebabkan penceraian, pergaduhan dan sebagainya. Misalnya, buah hati anda melihat gambar mengenai anda berfoya-foya dengan teman wanita yang lain yang dikongsi oleh rakan anda yang lain. Jadi berhati-hatilah mengenai penggunaannya.  Walaupun anda tidak boleh melarang rakan anda daripada mentagkan gambar tersebut sebagai gambar anda, anda boleh menghadkan siapakah yag boleh melihat gambar tersebut dengan cara pergi ke Account > Privacy Setting > Profile Information > Photos and Videos of Me. Pilihlah had yang anda mahukan.

6. Lindungi Album Gambar Anda.

Selain daripada video dan gambar mengenai anda yang dikongsi oleh rakan anda, anda juga boleh menetapkan aturan mengeai album gambar yang anda masukkan sendiri. Ianya perlu dilakukan album demi album satu persatu di dalam Account > Privacy > Profile Information > Photo album > Edit Settings atau semasa anda membina album baru.

Selain daripada yang dikatakan di atas, sekiranya ianya masih lagi tidak menetapi kehendak anda, anda boleh memilih untuk menutup terus akaun Facebook anda. Dilemma sekuriti ini bukanlah terhad kepada Facebook sahaja. Ianya adalah risiko semulajadi pada Internet itu sendiri. Jika anda tidak mahu orang mengetahui sedikitpun megenai anda, lankah yang paling berkesan adalah dengan tidak menggunakan internet langsung. Namun, mampukah anda berbuat demikian apabila hampir kesemua aktiviti kehidupan seharian kita memerlukan kita berhubung dengan Internet. Itulah persoalan yang paling besar yan perlu dijawab oleh setiap orang.

Berita dan Khabar Berkaitan: