YTL Communications Sdn Bhd berhasrat untuk menjadi pembekal rangkaian 4G satu negara yang pertama di dunia. YTL telah memberikan komitment untuk membeli satu juta unit “Wimax Single Chips” dari GCT Semiconductor. Unit-unit ini akan dibekalkan kepada pengilang yang dipilih untuk membina alat komunikasi 4G yang inovatif.

Tahun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah memberi amaran kepada pemegang lesen spektrum 4G yang tidak lagi melancarkan perkhidmatan mereka dan sesetengah dari mereka telah dikenakan penalti kerana tidak menepati pelan pelancaran perkhidmatan yang dipersetujui.  (http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/28/business/4988870&sec=business) 

YTL adalah salah satu daripada syarikat yang gagal untuk menepati peratus pelancaran tersebut. YTL dalam sidang akhbar bagi menjawab tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memberi jaminan bahawa YTL akan melancarkan perkhidmatan 4G dan akan melebihi tanda peratusan pelancaran yang seterusnya.

Malaysia masih lagi jauh di belakang jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain di dalam pelancaran rangkaian internet (berwayar atau tanpa wayar). Perkara ini jika tidak dikawal selia dengan rapi bakal membantutkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebaga hub informasi serantau.

Get the Flash Player to see this content.

Maklumat lanjut mengenai syarikat-syarikat ini boleh di dapati di:

YTL Communications Sdn Bhd -> http://www.ytlcomms.my

GCT Semiconductor, Inc -> http://www.gctsemi.com

Berita dan Khabar Berkaitan: