Kita telah mengetahui bahawa Microsoft akan mengemaskini aplikasi emailnya – Hotmail yang akan membawakan ciri-ciri yang terbaru. Hotmail “Gelombang ke 4″ yang bakal diterbitkan bersama-sama dengan aplikasi Windows Live yang lain. Walter Harp, Pengarah Pengurusan Produk di Bahagian Windows Live, Microsoft dalam temuduganya dengan neowin.net telah memberikan beberapa fungsi terbaru yang terdapat di dalam versi baru Hotmail ini.

Di antara yang banyak diperkatakan adaah mengenai penguruan email kelabu (Grey Mail) istilah yang diguna pakai oleh beliau yang merujuk kepada Junk Mail. Beberapa fungsi terbaru yang dimuatkan di dalam hotmail akan membantu pengguna-pengguna Hotmail di dalam mengurus email kelabu ini. Fungsi seperti Sweep boleh membersihkan Inbox anda daripada email-email ini, menyebabkan anda boleh mengfokus kepada email-email yang sebenar.

Fungsi-fungsi lain termasuk penggunaan teknologi Push Mail yang membolehkan anda mendapat email anda pada masa ianya tiba melalui telefon bimbit anda.  Dengan menggunakan Exchange Activesync, iPhone, Windows Mobile dan juga Android, pengguna-pengguna Hotmail boleh menselaraskan email, kalendar dan alamat email daripada Hotmail ke telefon bimbit anda. Nokia dan Blackberry juga dikatakan sedang membina aplikasi khusus untuk menggunaan fungsi ini.

Microsoft juga telah menambah beberapa fungsi Hotmail di web. Fungsi seperti Gmail yang mana email boleh dikumpul mengikut tajuk. Pengguna diberi pilihan sama ada ingin menggunakan fungsi ini atau tidak. Selain daripada itu, terdapat juga fungsi yag digelar “Active Views” di mana Hotmail akan mengenalpasti lampiran yang di lampirkan di dalam email (misalnya foto) dan akan meberi pilihan untuk pengguna melihatnya secara terus di dalam Hotmail dalam bentuk slide show tanpa perlu untuk memuat turun foto tersebut satu persatu.

Anda juga boleh membuka fail-fail yang dibina menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Power Point dan mengubahsuai fail tersebut secara terus di dalam Hotmail, tanpa perlu membuka Power Point atau memasang Power Point di dalam komputer anda.

Banyak lagi fungsi-fungsi menarik Hotmail yang bakal ditawarkan. Tunggukan kedatangannya. Berikut adalah video komersil mengenai fungsi-fungsi terbaru Hotmail.

Get the Flash Player to see this content.

Selain daripada itu, terdapat beberapa fungsi sekuriti yang ditawarkan. Ini termasuk “Pengesahan” akaun dan penggunakan kod guna-sekali. Pengesahan akaun berfungsi untuk membolehkan pengguna mendapatkan semula akses kepada akaun Hotmail sekiranya ianya telah digodam. Sebelum ini, pengguna Hotmail perlu untuk menjawab beberapa soalan rahsia untuk mendapatkan akses semula, namun dengan menggabungkan akaun Hotmail anda dengan nombor telefon bimbit anda misalnya, anda boleh mendapat katalaluan Hotmail anda di hantar ke telefon bimbit anda.

Kod guna-sekali pula digunakan apabila anda mengakses Hotmail melalui komputer awam, di mana anda tidak perlu memasukkan katalaluan anda. Anda akan diberikan kod pengesahan di mana anda hanya perlu memintanya apabila mahu digunakan, dan kod ini akan dihantar kepada anda mengikut ketetapan anda (mungkin kepada telefon bimbit anda atau email kedua anda), tanpa perlu anda memasukkan kata laluan anda dan tidak perlu risau mengenai sekuriti komputer awam yang anda gunakan. Kod ini juga hanya boleh digunakan sekali sahaja, yang mana ianya akan luput setelah anda keluar dari Hotmail. Amat berguna terutamanya apabila anda mengakses Hotmail di kafe-kafe siber mahupun di airport.

Berita dan Khabar Berkaitan: