Dalam satu pengumuman yang mengejutkan, Microsoft dikhabarkan telah membatalkan project “Courier”. Projek Courier yang mana berita mengenainya telah terbocor di internet dengan beberapa video konsep mengenai fungsinya, dan telah mencapai peringkat konsep yang nyata. Namun dari sumber-sumber tertentu, Microsoft menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk membina peralatan tersebut buat masa kini. Namun idea dan konsep yang telah dipersembakan mungkin akan digunakan di dalam produk-produk akan datang.

Sebelum ini, kami telah menunjukkan beberapa siri video dan gambar konsep mengenai Project Courier. Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai kenapa ianya dibatalkan, namun ada yang membuat andaian bahawa ianya mungkin disebabkan oleh faktor tahap kuasa bateri yang banyak diperlukan untuk menjana Courier yang mana ianya tidaklah sesuai untuk peralatan kompak seperti Courier.

Courier adalah merupakan peralatan tablet PC yang menggunakan dua skrin sentuh yang mana dikhabarkan akan menggunakan sistem operasi yang sama seperti Zune HD dan Windows Mobile 7. Namun, dengan berita terbaru ini, ianya hanya tinggal sebagai “idea bernas” yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Berita dan Khabar Berkaitan: