Di dalam dunia rangkaian sosial masa kini, anda telahpun menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Facebook mahupun Twitter untuk mengemaskini mengenai status anda. Rakan-rakan di dalam rangkaian sosial anda akan dikemaskini mengenai status terkini anda, dan anda juga dapat megetahui mengenai status mereka. Projek Microsoft Aura, satu projek di Carnegie Mellon University’s Entertainment Technology Centre yang dibiayai oleh Microsoft cuba membawa avatar di dalam dunia rangkaian sosial. Dikatakan bahawa rangkaian sosial masa kini hanya terhad kepada teks yang menyebabkan hilangnya keunikkan mengenai individu masing-masing.

Dengan integrasi rapat di antara XBOX Live dan Windows Phone 7, adalah tidak mustahil perkara ini dapat dilakukan. Namun bagaimana ianya akan berinteraksi masih lagi tidak diketahui dan bakal dipersembahkan pada sidang E3 June ini.

Berikut adalah video bagaimana ianya akan berfungsi. Bagaimana ianya bakal dintegrasikan dengan twitter dan facebook tidaklah diketahui, namun dengan penglibatan Microsoft, projek ini bakal menghasilkan sesuatu.

Anda boleh juga merujuk laman web projek Microsoft Aura.

Berikut adalah video mengenai projek ini.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: