Telekom Malaysia, syarikat telekomunikasi Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk membina perkhidmatan internet jalur lebar yang berkuasa tinggi (High Speed Broadband – HSBB)┬átelah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan tersebut kepada umum pada 24 Mac di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada hari tersebut TM akan mengumumkan harga perkhidmatan tersebut. TM berkata pakej umum HSBB mengandungi perkhidmatan tiga serangkai – voice, video (IPTC dan video-on-demand)┬ádan pautan internet jalur lebar yang berkuasa tinggi. HSBB akan menawarkan pautan internet pada kelajuan 10Mbps jauh lebih laju dengan kelajuan maksimum pakej jalur lebar sekarang pada hanya 4Mbps.

Dengan kelajuan tersebut bermakna video, persidangan video, transaksi e-dagang akan lebih licin. HSBB adalah satu projek usahasama di antara TM dan Kerajaan Malaysia, di mana TM akan menyumbang RM8.9 billion dan Kerajaan Malaysia RM2.4 billion. Pada pelancaran bertarikh 24 Mac 2010, empat kawasan pertama yang akan dapat menikmati HSBB adalah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Kini terdapat 300 pengguna di kawasan tersebut yang telah mengikuti dan melakukan ujian terhadap perkhidmatan tersebut.

Berita dan Khabar Berkaitan: