HP Slate telah banyak kali diperkatakan dan mendapat banyak pertanyaan semenjak ianya pertama kali dipertontonkan semasa Consumer Electrical Show. CTO HP Personal System Group telah dikhabarkan berkata bahawa tahun 2010 adalah merupakan tahun untuk Slate kerana terdapatnya unit pemprosessan yang menggunakan kuasa tahap rendah dan harga yang rendah. Di tambah lagi sistem operasi Windows 7 adalah sistem operasi yang serasi dengan skrin sentuh.

HP telah menerbitkan dua video pada Hari Isnin yang lalu yang menunjukkan kini HP sedang berkerjasama dengan Abode untuk membawakan Adobe Flash kepada HP Slate. Dalam video tersebut ia menunjukkan bagaimana HP Slate membawakan web tanpa sebarang kompromi. Walaupun ada yang masih tertanya-tanya sama ada aplikasi Flash yang berasaskan kepada klik tetikus boleh diadaptasikan apabila menggunakan jari dan skrin sentuh.

Selain daripada dua video ini, dunia masih menantikan pengumuman rasmi dari HP mengenai bilakah HP Slate akan dipasarkan dan berapakah harganya. Adakah HP Slate mampu untuk menyaingi iPad yang bakal berada di pasaran US tidak lama lagi?

Get the Flash Player to see this content.

Berikut adalah video yang menunjukkan HP Slate dengan Adobe Flash.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: