Microsoft semasa TechEd Middle East baru-baru ini telah membuat demonstrasi bagaimana anda boleh bermain satu game di dalam peralatan berbeza. Di dalam demostrasi tersebut, Eric Rudder telah menunjukkan bagaimana beliau telah bermain satu permainan yang dibina menggunakan Visual Studios dengan komputernya, kemudian menyambung permainannya di dalam Windows Phone 7 Series, dan akhirnya menyambung permainannya menggunakan XBox.

Yang lebih menarik, bukan sahaja permainan tersebut (ala Indiana Jones) boleh dimainkan di dalam ketiga-tiga peralatan di atas, ia akan menyimpan tahap kemajuan anda dan membolehkan anda menyambung permainan anda di tempat di mana anda berhenti di dalam peralatan yang lain. Nampaknya konsep XBox Live akan diperkembangkan. Walaupun Eric Ruddy tidak menyenthuh mengenai Windows Phone 7 Series di dalam demonya, kita telah melihat di dalam demo-demo Windows Phone 7 Series yang dilancarkan baru-baru ini akan mempunyai integrasi dengan XBox Live.

Saksikan demo video tersebut yang menunjukkan bagaimana Eric Ruddy bermain dengan menggunakan PC dan Papan Kekunci, kemudian menyambung permainannya menggunakan telefon bimbit berskrin sentuh (touch screen), dan akhirnya bermain menggunakan gamepad dan XBox 360.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: