Pada September tahun lepas, Microsoft telah menunjukkan konsep peralatan courier yang berbentuk seperti buku atau “Jurnal Digital”. Kini terdapat gambar dan video terbaru yang menunjukkan bagaimana ianya akan berfungsi dan ada yang mengkhabarkan ianya mungkin akan berada di pasaran pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Ianya dibina agar menjadi peralatan yang sangat portable dan mudah alih yang ringan. Jika ditutup ianya hanya besar sedikit dari bingkai gambar 5″ x 7″. Dari gambar dan video terbaru, Courier tidak akan menggunakan Windows 7, tetapi akan menggunakan sistem operasi seperti Zune HD dan juga yang diguna pakai oleh Windows Mobile 7 Series. Seperi Zune HD, ianya akan menggunakan cip berasaskan Tegra.

Courier juga akan mempunya kamera yang, headphone jack dan stylus untuk membolehkan anda mencoret catatan di samping sentuhan tangan. Peralatan ini akan dilengkapkan dengan sistem pengenal tulisan tangan, lakaran dan tulisan, serta e-buku. Mungkin perjanjian persefahaman dan hak penggunaan intelectual property (IP) yang ditandatangani di antara Microsoft dan Amazon. Amazon buat masa ini sudah mempunyai Kindle – alat pembaca e-buku.

Courier mungkin adalah jawapan Microsoft kepada Apple iPad yang akan dijual kepada umum tidak lama lagi setelah Apple mengumumkan mengenai pelancarannya.

Berikut adalah video mengenai Courier yang diterbitkan oleh Engadget.com.

Get the Flash Player to see this content.

Ini adalah video kedua mengenai Courier.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: