Blackberry (RIM) telah dikhabarkan sedang membina telefon bimbit terbarunya yang mempunyai ciri gelongsor ke bawah (slider). Baru-baru ini laman web BBLeaks telah memaparkan gambar telefon bimbit ini. Jika ianya benar, ianya adalah telefon bimbit Blackberry pertama dalam bentuk ini dan pastinya menarik.

Dari gambar yang dihantar, ianya seakan-akan telefon bimbit Storm. Ia mempunya skrin yangbesar dan butang navigasi dan kelihatan seperti terdapat trackpad (yang bukan karateristik telefon Storm). Ianya juga dikhabarkan mungkin akan dijana oleh OS terbaru Blackberry versi 6.0. Tiada maklumat lanjut yang diberitakan. Ada yang mengatakan mungkin ini adalah model prototaip yang digunakan sebagai ujian dan tidak akan dikeluarkan kepada awam.

Walaupun apapun, sekiranya ia benar-benar dikeluarkan ditambah lagi dengan khabar mengenai peningkatan Blackberry Internet Services (BIS) versi 3.0 yang meingintegrasikan GMail di dalam aplikasinya dan juga RIM Webkit Browser yang telah ditunjukkan kebolehannya semasa Persidangan Mobile Sedunia baru-baru ini, akan membawakan satu lagi fenomena di dalam industri telefon bimbit yang semakin rancak dan hangat masa kini.

Berikut adalah video demo RIM Webkit Browser yang dipamerkan semasa MWC di Barcelona baru-baru ini.

Get the Flash Player to see this content.

Berita dan Khabar Berkaitan: