Apple telah menfailkan saman di pejabat US International Trade Commission (ITC) dan di US District Court di Delaware ke atas HTC ke atas penggunaan teknologi yang telah dipatenkan kepada Apple.  Menurut pengumuman rasmi yang dibuat oleh Apple, HTC telah menyalahgunakan sebanyak 20 paten antaramuka iPhone kepunyaan Apple.

Steve Jobs, CEO Apple di dalam pengumuman rasminya berkata

“We can sit by and watch competitors steal our patented inventions, or we can do something about it. We’ve decided to do something about it,”. “We think competition is healthy, but competitors should create their own original technology, not steal ours.”

Sementara itu, HTC yang dikatakan terkejut dengan perkara ini tela membuat pengumuman rasmi mengenai saman oleh Apple, di dalam pengumuman rasmi HTC yang dipetik dari neowin.net,

“HTC is a mobile technology innovator and patent holder that has been very focused over the past 13 years on creating many of the most innovative smartphones. HTC values patent rights and their enforcement but is also committed to defending its own technology innovations. HTC only learned of Apple’s actions this morning via media reports, and therefore we have not yet had the opportunity to investigate the filings. Until we have had this opportunity, we are unable to comment on the validity of the claims being made against HTC.”

Dokumen penuh yang difailkan oleh Apple telah tersebar di internet. Dokumen penuh fail saman Apple kepada HTC di ITC dan Mahkamah boleh di dapati di engadget.com. Di dalam fail saman Apple di ITC telah menyenaraikan beberapa produk HTC seperti Nexus One, Touch Pro, Touch Diamond, Touch Pro 2, dan banyak lagi. Hampir keseluruhan produk HTC telah di masukkan di dalam senarai tersebut. Apa yang menarik juga, Apple telah mengkategorikan produk HTC kepada dua kategori – Telefon bimbit berasaskan Android dan juga telefon Windows Mobile (yang digelar DSP). Dan dalam banyak keadaan telefon bimbit Android diberikan contoh sebagai yang menggunakan teknologi yang dipatenkan.

Ada yang berpendapat, mungkin langkah Apple ini adalah seperti melancarkan perang proksi ke atas Android (yang dimiliki oleh Google) yang semakin popular masakini dan menjadi pesaing kepada iPhone. Ini bukanlah kali pertama Apple terlibat di dalam perang paten ini, sebelum ini Nokia telah menfailkan saman ke atas Apple yang dikatakan telah menggunakan teknologinya dalam ke semua produk Apple (seperti iPhone, iPod, dan sebagainya). Apple kemudiannya menyaman kembali Nokia. Kes ini masih dalam perbicaraan.

Dalam isu yang sama, Apple juga berperang dingin dengan Palm diatas isu yang dikatakan hakmilik dan telah dipatenkan oleh Apple. Namun perang dingin ini tidak berkesampaian kepada kes mahkamah seperti yang berlaku kepada HTC. Namun, ianya tidak mem

Ikutilah perkembangan terkini mengenai kes ini, dan kami akan mengemaskini dari masa ke semasa apabila terdapat perkembangan terbaru.

Berita dan Khabar Berkaitan: