iPad, peralatan terbaru dari Apple yang cuba menyaingi Tablet PC dan netbook menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna. iPad menggunakan antaramuka yang sama dengan iPhone dan merupakan peralatan di antara iPhone dan iMac. Di antara kritikan-kritikan menarik yang diterima  termasuklah dari Bill Gates sendiri yang mengatakan “… I’m a big believer in touch and digital reading, but I still think that some mixture of voice, the pen and a real keyboard…”

Sementara ramai pakar-pakar teknologi menyuarakan pendapat mereka tentang iPad, apa yang sepatutnya ada, dan tiada, lain pula ceritanya Taiwan, di mana klon untuk iPad telah dibina menggunakan Windows 7. Setebal 10 inci, ianya dipasang dengan Windows 7, 1024 x 600 capacitative touch screen, HDMI Output, 1.66GHz Atom N450, 1GB DDR2 RAM, GPS dan 3G, 320GB cakera liut dan banyak lagi.

Harga produk tersebut tidak lagi diketahui, namun ianya tidak mustahil akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi.

Beberapa gambar telah dikirimkan di midbbs.cn yang merujuk kepada klon iPad ini.

Ianya begitu menarik, namun beberapa ciri tambahan boleh menjadikannya lebih menarik. Daripada gambar yang dilihat, ianya tidak mempunyai kamera di belakang, sekiranya ada akan menambahkan lagi fungsi klon Ipad ini lagi. Walaupun begitu, ianya adalah sesuatu yang menarik untuk diikuti perkembangannya.

Berita dan Khabar Berkaitan: