Berita baik untuk pengguna-pengguna Digi di Malaysia. Digi telah mengumumkan akan melancarkan pakej perkhidmatannya dengan iPhone 3G dan iPhone 3Gs. Digi adalah syarikat telekomunikasi kedua yang mendapat hak pengedaran iPhone dari Apple selepas Maxis.

Menurut laman web Digi, pakej ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun pertama tahun ini. Bagi pengguna-pengguna iPhone sedia ada, anda boleh menukarkan kepada mana pakej-pakej prabayar dan pascabayar oleh Digi. Walaupun begitu, harus diketahui bahawa waranti untuk telefon bimbit iPhone adalah terikat kepada operator asal tempat anda membeli telefon tersebut, dan Digi tidak akan memberikan sebarang waranti dan bantuan kepada telefon bimbit iPhone yang dibeli daripada operator lain mahupun dari luar negara.

Tempahan awal untuk pakej ini akan diumumkan sedikit masa lagi. Buat masa ini, sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftarkan alamat email ini di laman web Digi.

Berita dan Khabar Berkaitan: