F-Secure, pembekal aplikasi antivirus untuk telefom bimbit telah menerbitkan aplikasinya untuk telefon bimbit Android oleh Google. Aplikasi ini sebelum ini hanya boleh digunakan oleh telefon bimbit Symbian OS dan Windows Mobile. Dua produk yang ditawarkan untuk Android adalah F-Secure Anti-Theft for Mobile dan F-Secure Mobile Security. Kedua-dua produk ini boleh dibeli dari laman web syarikat ini dengan harga bermula dari Euro9.95 untuk F-Secure Anti-Theft for Mobile dan Euro39.95 untuk F-Secure Mobile Security.

Aplikasi Anti-Theft for Mobile menawarkan beberapa fungsi seperti Remote Lock, Theft Control dan Remote Wipe. Fungsi-fungsi ini membolehkan anda mengawal telefon bimbit anda dari arak jauh sekiranya ianya hilang. Anda boleh mengunci dan juga memadam semua data anda dengan hanya menghantar SMS kepada nombor telefon bimbit anda. Dan sekiranya pencuri menukar SIM dengan nombor baru, aplikasi ini akan menghantar nombor baru tersebut kepada anda.

Ianya adalah merupakan satu aplikasi yang perlu ada bagi pengguna-pengguna telefon bimbit pada masa kini. Bukan sahaja ianya dapat membant anda sekiranya telefon bimbit anda dicuri, ianya juga dapat memadam data-data penting yang anda simpan di dalam telefon bimbit anda.

Berita dan Khabar Berkaitan: