Apa yang menarik dalam Hotmail versi baru yang lebih selamat dan kaya fungsi
Kita telah mengetahui bahawa Microsoft akan mengemaskini aplikasi emailnya - Hotmail yang akan membawakan ciri-ciri yang terbaru. Hotmail "Gelombang ke 4" yang bakal diterbitkan bersama-sama dengan aplikasi Windows Live yang lain. Walter Harp, Pengarah Pengurusan Produk di Bahagian Windows Live, Microsoft dalam temuduganya dengan neowin.net telah memberikan beberapa fungsi terbaru ... Continue Reading
Microsoft batalkan Projek Courier
Dalam satu pengumuman yang mengejutkan, Microsoft dikhabarkan telah membatalkan project "Courier". Projek Courier yang mana berita mengenainya telah terbocor di internet dengan beberapa video konsep mengenai fungsinya, dan telah mencapai peringkat konsep yang nyata. Namun dari sumber-sumber tertentu, Microsoft menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk membina peralatan tersebut buat masa ... Continue Reading
HP Slate – Tablet PC berasaskan Windows 7 dan serasi dengan Adobe Flash
HP Slate telah banyak kali diperkatakan dan mendapat banyak pertanyaan semenjak ianya pertama kali dipertontonkan semasa Consumer Electrical Show. CTO HP Personal System Group telah dikhabarkan berkata bahawa tahun 2010 adalah merupakan tahun untuk Slate kerana terdapatnya unit pemprosessan yang menggunakan kuasa tahap rendah dan harga yang rendah. Di tambah ... Continue Reading
Gambar dan Video Microsoft Courier tersebar di Internet
Pada September tahun lepas, Microsoft telah menunjukkan konsep peralatan courier yang berbentuk seperti buku atau "Jurnal Digital". Kini terdapat gambar dan video terbaru yang menunjukkan bagaimana ianya akan berfungsi dan ada yang mengkhabarkan ianya mungkin akan berada di pasaran pada suku kedua atau ketiga tahun ini.
Ianya dibina agar menjadi peralatan ... Continue Reading
Telefon Blackberry “Slider”?
Blackberry (RIM) telah dikhabarkan sedang membina telefon bimbit terbarunya yang mempunyai ciri gelongsor ke bawah (slider). Baru-baru ini laman web BBLeaks telah memaparkan gambar telefon bimbit ini. Jika ianya benar, ianya adalah telefon bimbit Blackberry pertama dalam bentuk ini dan pastinya menarik.
Dari gambar yang dihantar, ianya seakan-akan telefon bimbit Storm. Ia ... Continue Reading
Windows 7 dalam iPad
iPad, peralatan terbaru dari Apple yang cuba menyaingi Tablet PC dan netbook menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna. iPad menggunakan antaramuka yang sama dengan iPhone dan merupakan peralatan di antara iPhone dan iMac. Di antara kritikan-kritikan menarik yang diterima termasuklah dari Bill Gates sendiri yang mengatakan "... I'm a big believer in touch ... Continue Reading
HTC Desire Sense UI untuk telefon Motorola Droid?
Ini pastinya satu berita yang tidak dapat dibayangkan oleh HTC mahupun Motorola. HTC Desire Sense UI, antaramuka yang diguna pakai untuk telefon bimbit HTC Desire (yang berasaskan Android) telah berjaya disesuai pasangkan untuk telefon Motorola Droid. Di dalam forum AllDroid.org, seorang pengguna telah menunjukkan bagaimana beliau berjaya menyesuai pasangkan HTC ... Continue Reading
Prototaip Telefon Windows Mobile 7 Series dari LG
Dalam temubual dengan Aaron Woodman dari Microsoft dengan The Engaget Shows, beliau telah membawa satu prototaip telefon Windows Mobile 7 Series yang dikeluarkan oleh LG. Telefon berikut mempunyai papan kekunci QWERTY di sisi. Berdasarkan gambar yang didedahkan di Engaget.com, telefon tersebut hanya tebal sedikit dari iPhone dan juga Nexus One ... Continue Reading
Skype memberhentikan pembangunan aplikasinya untuk Windows Mobile
Skype, apikasi VOIP terkemuka dan popular telah membatalkan pembangunan aplikasinya untuk Windows Mobile. Skype yang mempunyai berjuta-juta pelanggan, dan mempunyai aplikasinya untuk platform telefon bimbit anda adalah satu kemestian hari ini. Namun keputusan Skype untuk memberhentikan pembangunannya untuk Windows Mobile tidaklah diketahui sebab dan musababnya.
Pemerhatian kami mendapati, bukan sahaja Skype ... Continue Reading
Pad Caj Bateri Microsoft
Baru-baru ini pejabat Microsoft di Beijing telah menfailkan aplikasi paten untuk satu peralatan yang boleh mengcaj dan juga memaparkan maklumat. Peralaan ini yang buat masa ini dipanggil uPad boleh mengecaj pada satu permukaan dan memaparkan maklumat di permukaan belakangnya. Ianya dikatakan menggunakan teknologi induksi untuk mengecaj. Terdapat juga kekotak kecil ... Continue Reading


