HP Slate telah banyak kali diperkatakan dan mendapat banyak pertanyaan semenjak ianya pertama kali dipertontonkan semasa Consumer Electrical Show. CTO HP Personal System Group telah dikhabarkan berkata bahawa tahun 2010 adalah merupakan tahun untuk Slate kerana terdapatnya unit pemprosessan yang menggunakan kuasa tahap rendah dan harga yang rendah. Di tambah lagi sistem operasi Windows 7 adalah sistem operasi yang serasi dengan skrin sentuh. Read more »

Microsoft semasa TechEd Middle East baru-baru ini telah membuat demonstrasi bagaimana anda boleh bermain satu game di dalam peralatan berbeza. Di dalam demostrasi tersebut, Eric Rudder telah menunjukkan bagaimana beliau telah bermain satu permainan yang dibina menggunakan Visual Studios dengan komputernya, kemudian menyambung permainannya di dalam Windows Phone 7 Series, dan akhirnya menyambung permainannya menggunakan XBox. Read more »

Pada September tahun lepas, Microsoft telah menunjukkan konsep peralatan courier yang berbentuk seperti buku atau “Jurnal Digital”. Kini terdapat gambar dan video terbaru yang menunjukkan bagaimana ianya akan berfungsi dan ada yang mengkhabarkan ianya mungkin akan berada di pasaran pada suku kedua atau ketiga tahun ini. Read more »

Blackberry (RIM) telah dikhabarkan sedang membina telefon bimbit terbarunya yang mempunyai ciri gelongsor ke bawah (slider). Baru-baru ini laman web BBLeaks telah memaparkan gambar telefon bimbit ini. Jika ianya benar, ianya adalah telefon bimbit Blackberry pertama dalam bentuk ini dan pastinya menarik. Read more »

Apple telah menfailkan saman di pejabat US International Trade Commission (ITC) dan di US District Court di Delaware ke atas HTC ke atas penggunaan teknologi yang telah dipatenkan kepada Apple.  Menurut pengumuman rasmi yang dibuat oleh Apple, HTC telah menyalahgunakan sebanyak 20 paten antaramuka iPhone kepunyaan Apple. Read more »

Satu pepijat di dalam PlayStation telah menyebabkan pemilik-pemilik PS3 model lama (besar) daripada log masuk ke PlayStation Network, memeriksa trofi dan mengakses kandungan yang telah dibeli. Diberitakan bahawa pepijat ini bukan sahaja menghalang pemilik PS3 di atas talian, tapi ianya juga menghalang pemilik dari bermain walaupun tidak di atas talian. Sony mengesahkan bahawa masalah pepijat ini hanya melibatkan model PS3 lama yang besar dan tidak kepada model Ps3 baru (slim version), versi 120/250GB. Read more »

iPad, peralatan terbaru dari Apple yang cuba menyaingi Tablet PC dan netbook menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna. iPad menggunakan antaramuka yang sama dengan iPhone dan merupakan peralatan di antara iPhone dan iMac. Di antara kritikan-kritikan menarik yang diterima  termasuklah dari Bill Gates sendiri yang mengatakan “… I’m a big believer in touch and digital reading, but I still think that some mixture of voice, the pen and a real keyboard…” Read more »

Berita baik untuk pengguna-pengguna Digi di Malaysia. Digi telah mengumumkan akan melancarkan pakej perkhidmatannya dengan iPhone 3G dan iPhone 3Gs. Digi adalah syarikat telekomunikasi kedua yang mendapat hak pengedaran iPhone dari Apple selepas Maxis. Read more »

F-Secure, pembekal aplikasi antivirus untuk telefom bimbit telah menerbitkan aplikasinya untuk telefon bimbit Android oleh Google. Aplikasi ini sebelum ini hanya boleh digunakan oleh telefon bimbit Symbian OS dan Windows Mobile. Dua produk yang ditawarkan untuk Android adalah F-Secure Anti-Theft for Mobile dan F-Secure Mobile Security. Kedua-dua produk ini boleh dibeli dari laman web syarikat ini dengan harga bermula dari Euro9.95 untuk F-Secure Anti-Theft for Mobile dan Euro39.95 untuk F-Secure Mobile Security. Read more »

Microsoft Malaysia telah melancarkan satu laman web bagi mereka yang ingin mencuba Microsoft Office 2010 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Bersempena dengan pelancaran laman web ini, Microsoft akan memberikan telefon bimbit HTC HD2 untuk penguji yang memberikan komen menarik yang terpilih setiap bulan. Syarikat itu juga berkata bahawa terdapat juga pelbagai gadget terpilih untuk dimenangi setiap minggu. Read more »

Bicara Masa2

Bicara Masa2 adalah merupakan koleksi berita-berita terkini dan juga khabar angin mengenai industri Teknologi Maklumat yang menarik perhatian kami.

Kategori

Arkib Berita

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Pautan Saya

Tags

4G Android Apple Blackberry Courier Digi F-Secure GCT Semiconductor GMail Google HP HTC iPhone LG Malaysia Microsoft Motorola Netbook Office 2010 Project Natal PS3 Skype Sony Telekom Malaysia Windows 7 Windows Live Windows Mobile XBox YTL